"(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu adalah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran , yang menjadi petunjuk sekalian manusia. dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang batil. oleh itu, sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan, (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. dan sesiapa yang sakit atau di dalam musafir, maka (boleh lah dia berbuka, kemudian wajiblah dia menggantinya) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan itu) Allah Taala menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah Taal kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

0 comments:

Post a Comment