setelah sekian lama ku menanti..hehe..baru ari nie ku dapat kenal si dia yang cute ni...ni Rabiatul Husna..baru dapat gambar nie tadi..debaknye budak nie..ape la dia makan erk..hehe..kakak..jaga husna baik2 ye..semoga husna menjadi anak yang solehah..kita jumpe tahun depan ye...:)

KANAK-KANAK RIANG..


dah hampir dua minggu kami menetap kat sakan 1 nie.. best jugak duk sini..hadiqah kat sini lawa skit dari hadiqah sakan dulu..yang paling bestnye bilikku dapat pewangi bilik semulajadi..hehehe.jimat bujet.xyah kuarkan duit untuk beli. :)

pewangi bilikku..

skarang nie kami semua student malaysia ditempatkan kat sakan satu, just tinggal brape belas orang je..so..ape lagi..kucing2 kat sakan kami dulu pun ikut berpindah skali..kucing-kucing nie bukan boleh, pantang dengar kami pindah, dia pun nak ikut skali..nasib la kucing-kucing nie xde beg kargo kan,mcm kitorg..klu x penuh la susur gajah tengah nie dipenuhi ngn beg2 kucing..:) nanti xpasal kasian kat mak cik milah...susah nak bersihkan lantai..( maaf makcik milah,menfemousekan makcik kat dalam blog saya)..

mangsa perpindahan..

nie 'popo'..kucing paling glemer...

nie kucing ke harimau jordan????

sempat lagi posing..

antara wajah-wajah bunga kat sakan..subhanallah...



nie pokok zaitun..



jom lancarkan boikot!!
hati-hati dalam membeli barangan or makanan..takut-takut kita terbeli
barangan keluaran Israel ataupun sekutunya..
jangan biarkan saudara kita merana atas kegembiraan kita...
kami warga University al-albayt,jordan telah melancarkannya..( tp xrasmi pun) :)
semoga semua ni mendapat keredhaanNya...amin..









"Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain.





Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

name die raja ahmad b. raja abdul mutalib....gambar nie khas untuk bintu..xnak wat adik ahmad nie anak sedare angkat ke??? semoga adik ahmad menjadi anak yang soleh n pejuang agama yang menegakkan agama Allah..insyaAllah..mis u..
"(masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu adalah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran , yang menjadi petunjuk sekalian manusia. dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang batil. oleh itu, sesiapa diantara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan, (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu. dan sesiapa yang sakit atau di dalam musafir, maka (boleh lah dia berbuka, kemudian wajiblah dia menggantinya) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan itu) Allah Taala menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah Taal kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."